Sunday, June 28, 2009

SV 01/2009

Salam semua,

Akhirnya kita sudah memulakan langkah kedua kita dalam mencapai segulung ijazah iaitu hadir kelas sidang video. Banyak jugak hal hal yang menarik yang berlaku seperti kerosakan sistem mikrofon dan ketiadaan kerusi yang mencukupi di bilik mesyuarat PPJJ USM. Tapi ia tak melemahkan semangat walaupon ramai yang komplen sakit belakang dan sakit lutut akibat dari masalah tersebut.

So kelas start dalam pukul 3 ptg Sabtu lalu, mula2 ramai sampai nak masuk kelas pon tak muat akhirnya bila dah masuk kelas yang seterusnya makin ramai yang balik dan kelas pon semakin selesa untuk pembelajaran.

Diwaktu saya berada disana saya dapati ramai juga yang tidak tahu untuk login atau ertikata baru tak reti IT. So yang mana jumpa saya alhamdulilah saya dapat berikan sedikit panduan dan cara2 untuk mendapatkan capaian dan membuka emel serta yg lain-lain.

Anyway.....for Pusat Wilayah Penang....so far so good....semua beri perhatian...kita lihat yang akan datang macamana pula..Adios


P/S Saya dah test capaian untuk streaming dengan menggunakan 3G broadband Pakej 120. Cukup cantik.....
Bagi pengguna Windows XP sila update you all punya Windows Media Player sebelum streaming. Atau download K-Lite Codex Pack(Windows Player Classic)

No comments:

Post a Comment